MENU

PEMBATALAN LIPIS HERITAGE RUN 2020

Mewakili Majlis Daerah Lipis, duka cita dimaklumkan pembatalan acara larian yang telah dijadualkan pada 21 Jun 2020 ini.

Keputusan ini diambil berikutan daripada situasi pandemik yang sedang kita semua alami. Justeru, semua peserta yang sempat mendaftar (120 orang) akan mendapat bayaran penuh penyertaan kecuali cas 6% yang dikenakan berasingan untuk cas pengurusan.

Untuk tuntutan individu, kami mohon kerjasama semua peserta untuk melengkapkan borang bayaran ini, manakala bagi tuntutan berkumpulan boleh download borang manual/ gambar disertakan dan email kepada kami.

Sekiranya anda wakil pendaftar secara berkumpulan sila lengkap kan borang kebenaran bayaran balik yang dipersetujui oleh semua peserta.

Akhir kata, kami memohon maaf diatas kesulitan yang timbul dan diharap wabak ini segera berlalu dan kita dapat bertemu dilain masa nanti. Terima kasih diatas sokongan semua.

Link tuntutan individu:
https://bit.ly/2As964G

Email:
lipisheritagerun@gmail.com

Lipis Bandar Warisan,

Kelab Sukan
Majlis Daerah Lipis