MENU

PERINGATAN MESRA DAN TEGAS KEPADA PENGGUNA YANG AKAN MELALUI JALAN RAYA CSR KECHAU - GUA MUSANG TERUTAMA PADA CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA 22 NOVEMBER 2019

1) Pihak Majlis Daerah Lipis tidak membenarkan sebarang aktiviti perniagaan di kawasan ini terutama di simpang masuk berhampiran Ladang Selborne. Sitaan dan rampasan barang perniagaan akan dilakukan sekiranya ada!

2. Semua kenderaan tidak dibenarkan berhenti di bahu jalan daripada persimpangan masuk CSR sehingga jarak lebih kurang 1.0km. "Concrete & water barrier" telah dipasang.

3. Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan tempat untuk berhenti berehat seperti di Hentian RNR Benta. Surau RNR Benta kini berwajah baharu dan lebih selesa.

4. Sila simpan sampah dalam kereta sehingga menjumpai tong sampah. Jalan Raya CSR Kechau bukan tempat pembuangan sampah. Sikap membuang sampah merata-rata tidak bertamadun dan bukan sebahagian sikap orang beriman.

5. Jemput masuk ke Bandar Kuala Lipis untuk berehat. Restoran yang selasa dan masakan yang sedap menanti anda. Antaranya Azmi Ikan Steam, Restoran Gulai Kampung, Restoran Tok Ayoh, Mak Wan Kitchen, Kedai Makan Kuzah, Kafe Ikhwan dan macam-macam lagi. Boleh waze/google sahaja.

6. Untuk makluman, pembinaan Hentian RNR yang sesuai dikawasan CSR telah dimasukkan ke dalam skop projek CSR Pakej 4 berhampiran Kg. Relong yang akan dibina oleh pihak JKR.

7. Majlis juga telah meluluskan Kebenaran Merancang bagi pembangunan Stesen Minyak dalam jajaran CSR dan Hentian RNR Bas di Kawasan Sungai Yu Merapoh yang akan dibangunkan oleh pihak swasta.

Terima kasih Warga Malaysia yang prihatin..