MENU

Majlis Daerah Lipis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Lipis meneruskan proses kerja yang sama secara berjadual di dua Lokasi iaitu pasar awam Bunga Cengkih dan Pusat Penyembelihan Ayam dan Unggas.

Kami juga memastikan peniaga dan orang awam tidak berada di pasar awam berkenaan sepanjang kerja semburan nyahkuman dilakukan.

Kami juga menempatkan petugas memantau keadaan di pasar awam di bawah seliaan MDL sepanjang tempoh arahan PKP berkuatkuasa. Kepada orang awam yang mengunjungi Pasar Awam di nasihatkan untuk membasuh tangan dengan sabun di tempat yang telah disediakan.

Kami menasihatkan para peniaga dan orang awam mematuhi arahan yang diberikan dari semasa ke semasa demi keselamatan kita bebas dari ancaman wabak berbahaya ini.

Kita Mesti Menang! Patuh pada arahan, kita boleh putuskan rantaian COVID-19 ini.