MENU

PEJABAT PENTADBIRAN DAERAH KECIL JELAI (Pejabat Sementara) KINI DI BUKA

Berita baik bagi penduduk mukim Dun Jelai serta mukim berdekatan, Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai sementara kini dibuka bermula 15 Januari 2020 (Rabu).Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil kini beroperasi di bangunan Balai Perjumpaan BUkit Betong iaitu bersebelahan Balai Penghulu Mukim Batu Yon 1.

Buat masa ini Kaunter Kutipan Hasil akan dibuka terlebih dahulu.Perkhidmatan seterusnya akan ditambah baik dari masa kemasa.Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai menyediakan perkhidmatan dan boleh menerima bayaran Mukim terdekat seperti Batu yon 1, Batu Yon 2, Ulu Jelai dan Telang serta mana - mana mukim di Daerah Lipis.

Waktu operasi Pejabat :

Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 5.00 petang

Waktu Operasi Bagi Kutipan Cukai :

Isnin - Khamis
9.00 pagi - 3.00 petang

Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengahari

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#LipisBersihHijauDamai
#bandarwarisansejarah