MENU

Program Ziarah Ramadan.

 
Seramai 33 Pesara MDL yang menamatkan perkhidmatan di Majlis Daerah Lipis menerima sumbangan sempena Program Ziarah Ramadan.
Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Lipis (KESUKMA) mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan mengadakan program Ziarah Ramadan kepada Pesara Majlis Daerah Lipis.
Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh AJK Kelab KESUKMA mewakili pihak pengurusan KESUKMA.
Melalui program seumpama ini, pihak KESUKMA berharap dapat mendidik warganya untuk lebih prihatin, bertanggungjawab dan bersikap endah antara satu sama lain bagi melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.