MENU

Projek Membina Dataran Parkir di sebelah kawasan Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis kini telah siap sepenuhnya dan telah boleh digunakan.

Penyediaan 40 petak parkir percuma ini diwujudkan bagi menambah lagi keselesaan warga Lipis untuk ke Masjid utama Daerah Lipis tersebut terutama semasa Solat Jumaat. Buat masa ini dataran parkir tersebut mempunyai 1 akses keluar masuk sahaja, walau bagaimanapun Majlis mempunyai perancangan untuk mengadakan 1 jalan keluar yang tidak mengganggu pintu keluar dari Masjid.

Bagi perancangan jangka panjang, Majlis berhasrat untuk menambun tapak Taman Awam Kanak-Kanak/Taman Tema tersebut yang kini tidak lagi sesuai dijadikan taman permainan berikutan faktor kawasan tersebut yang berlembah dan mudah digenangi air menyebabkan tapak peralatan taman permainan mudah rosak.

Kehadapan, ianya mungkin boleh dibangunkan sebagai gelanggang serbaguna untuk sukan bola tampar, bola jaring dan sebagainya selain kawasan parkir alternatif untuk ke kawasan jogging bukit Bius yang kini meriah dengan pengunjung pada setiap petang.

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#LipisBersihHijauDamai
#KualaLipisBandarWarisanSejarah