MENU

SANGSAKA BIRU MEMBANJIRI DEWAN RESIDEN, MENDEKATI RAKYAT

7 DISEMBER 2019 - Tahniah IPD Lipis atas penganjuran program Keh Nak Selamat yang diadakan di Dewan Residen Kuala Lipis.

Pelbagai pengisian menarik telah disediakan antaranya Kaunter Saman Trafik dengan 50% diskaun, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pemberian Helmet Percuma, Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM, Pembaharuan Cukai Jalan oleh JPJ, Pameran Jabatan seperti CIMB, Bank Rakyat dan PERKESO.

Program telah dirasmikan oleh YB ADUN Cheka iaitu Tuan Lee Ah Wong. Turut hadir Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis dan Setiausaha Majlis Daerah Lipis.