MENU
Bangkit Semula Membina Kehidupan Baru dan Semangat Baru.
Ada mangsa banjir di daerah ini yang telah pulang ke rumah masing-masing. Bagaikan memulakan hidup baharu selepas barangan keperluan harian di rumah mereka rosak setelah kediaman mereka dinaiki air sejak Isnin lalu.
Bantuan Pemulihan pasca banjir di teruskan lagi hari ini di sekitar Daerah Lipis.
Banjir kali ini berlaku sangat luar biasa sehingga kebanyakan mereka tinggal sehelai sepinggang, manakala harta dan rumah banyak yang musnah dan tidak lagi boleh digunakan.
Terima kasih kepada semua yang membantu dalam Pemulihan Pasca Banjir ini.