MENU

Majlis Daerah Lipis mengambil inisiatif untuk membendung penyebaran wabak COVID-19 dengan melakukan semburan nyah kuman di tempat kemudahan awam di dalam kawasan pentadbiran. Keutamaan tumpuan di kawasan awam.

Pagi ini antara lokasi yang dilakukan semburan nyah kuman adalah sekitar taman permainan Laman Sejahtera Bukit Residen, Bandar Baru, Flat Tempoyang Taman Permai dan Taman Permai Sejahtera.

Kerja penyemburan nyah kuman ini dilaksanakan oleh pasukan khas MDL  bekerjasasama SWCorp dan Alam Flora

Semoga dengan langkah ini, dapat memutuskan rantaian penyebaran wabak, seterusnya menamatkan penularan penyakit yang amat membimbangkan masyarakat di Daerah Lipis ini.