MENU

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MAJLIS DAERAH LIPIS 2019 & JASAMU DIKENANG

Tahniah diucapkan kepada 11 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Daerah Lipis pada tahun 2019 dan Selamat bersara diucapkan bagi kakitangan Majlis Daerah Lipis yang baru bersara iaitu Encik Jamil Bin Bakar, Puan Zahariah Binti Haji Othman dan Puan Rohani Binti Mat Isa. Majlis ini dilangsungkan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah bermula jam 3.00 petang.

Antara program lainya ialah Penghargaan Pencapaian Markah Prestasi 90% ketas bagi tahun 2019 diberikan kepada 56 orang kakaitangan yang cemerlang serta Penyampaian Sijil Perkhidmatan Emas iaitu kakitangan yang telah berkhidmatat 30 tahun ke atas Seramai 7 orang.Tempoh berkhidmat mereka antara 32-36 tahun.

Majlis juga disertai oleh wakil IPG Lipis yang membuat persembahan,nyanyian dan sajak untuk warga kerja Majlis Daerah Lipis. Majlis berakhir kira-kira jam 5.00 petang.

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#LipisBersihHijauDamai
#bandarwarisansejarah