MENU

Majlis Daerah Lipis (MDL) mengambil langkah proaktif dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19 dengan melaksanakan proses nyah kuman di Pejabat Majlis Daerah Lipis.
Ini bagi memastikan semua warga kerja dan pelanggan berasa yakin terhadap tahap keselamatan dan kebersihan pejabat MDL semasa bertugas dan berurusan.

Setiap kakitangan MDL yang berurusan dengan pelanggan dibekalkan dengan topeng muka. Cecair pembasmi kuman turut disediakan di pejabat bagi kemudahan kakitangan dan pelanggan.

selain mengambil langkah penyemburan nyah kuman, semua kakitangan yang bertugas juga terlebih dahulu dipastikan melakukan pembersihan diri sebelum masuk ke dalam pejabat.

Kami juga ingin mengingatkan kepada semua yang datang berurusan di pejabat Majlis Daerah Lipis mengenakan langkah keselamatan sewajarnya.