MENU

Sekitar Kemeriahan Jalur Gemilang di premis dan sekolah sekitar Lipis sebelum 31 Ogos 2019..

Bendera yang dikibar ini mempunyai satu seribu cerita. Pengorbanan orang terdahulu yang tiada galang gantinya. Berjuang menentang penjajahan jepun, komunis dan british juga.

Ianya bukanlah diperolehi dengan petikan jari, sebaliknya darah dan nyawa menjadi taruhan. Susahnya untuk mendapat kemerdekaan. Pengorbanan dan bertolak ansur kunci kejayaan.

Kita mungkin terlupa pengorbanan itu, dek kerana kesenangan yang kita rasai sekarang. 31 Ogos bukan sekadar angka, ingatlah ianya kerana itulah titik perpaduan.

Sayangi Negara kita. Tidak ada 2 atau 3 Malaysia. Hanya satu!

Malaysia kita punya bersama, tanah tumpah negara tercinta.