MENU

BANTU USAHAWAN KECIL DALAM SEKTOR ICT

Majlis Daerah Lipis melalui  bahagian Teknologi Maklumat MDL telah mengadakan kursus asas pembangunan laman web menggunakan 'Weebly' pada 5 April 2020 secara atas talian webex

Ini bagi membantu usahawan kecil di Daerah Lipis yang terjejas pendapatan disebabkan COVID -19 yang dilalui sekarang. Peserta terdiri daripada usahawan, surirumah dan belia kampung menghadiri kursus selama satu hari ini. Kebanyakan peserta adalah usahawan dan belia tempatan yang berminat untuk mengembangkan capaian bisnes mereka. Disamping itu kursus ini bertujuan untuk memberi kemahiran asas ICT dan keusahawanan kepada penduduk setempat.