MENU

1 Jam Seminggu - Itulah masa yang diberikan oleh YH Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis kepada semua 134 Warga Kerjanya untuk bersukan dan mengeluarkan peluh menerusi inisiatif 1 Staf 1 Sukan.

Sebanyak 10 sukan utama telah dipilih untuk diadakan dan 3 sukan tersebut telah bermula minggu ini iaitu Bola Sepak, Futsal, dan Bola Jaring. Warga kerja yang tidak menyertai sukan tersebut diwajibkan untuk berjalan/berjogging di Bukit Bius.

Idea ini dizahirkan oleh YH Dato' Yang Dipertua sendiri bagi memastikan warga kerja Majlis kekal sihat dan aktif untuk terus melaksanakan kerja-kerja seharian. Beliau bersama-sama Tuan Setiausaha, serta Ketua-Ketua Jabatan turut bersama-sama 80 staff berjogging di Bukit Bius petang ini.

Untuk makluman, Trek Jogging Bukit Bius yang keseluruhannya sepanjang 2.4km telah siap bulan Ogos 2019 dan kini meriah dikunjungi pelbagai masyarakat Daerah Lipis tidak kira peringkat umur. Pihak majlis dalam perancangan untuk menaiktaraf turapan jalan di bahagian sebelah atas selepas kerja-kerja projek menaiktaraf paip dan tangki di kawasan tersebut diselesaikan oleh pihak kontraktor PAIP.

Jom Warga Lipis, kita amalkan gaya hidup sihat.

#Pahang1st
#MajuTerusPahang
#LipisBersihHijauDamai
#KualaLipisBandarWarisanSejarah