MENU

KELADI KEMAHANG

  

Keladi kemahang atau nama saintifiknya colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan ubi jenis keladi daripada keluarga araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur.

Tumbuhan ini banyak didapati di Pahang khususnya di laluan Benta-Jerantut iaitu di Kampung Kemahang, Benta. Bagi orang Lipis Pahang, jika sebut keladi kemahang, semua tahu dan tumbuhan itu sinonim dengan masakan gulai masam tempoyak.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 10 Disember 2019 - 5:05pm