MENU

Pemenang Tempat Ketiga Kuiz ASEAN 2020 Peringkat Kebangsaan

Pertandingan Kuiz ASEAN 2020 Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia telah diadakan secara dalam talian pada 1 hingga 31 Oktober 2020.Objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dalam kalangan peserta dan pertandingan ini adalah merupakan Program dwi tahunan di bawah kalendar ASEANCOCI (Committee of Culture and Information).

Bagi tahun 2020, terdapat dua (2) Kategori yang dipertandingkan iaitu:

Kategori 1 -Murid Sekolah (Kerajaan dan Swasta) berumur 15-17 tahun.

Kategori 2 -Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun.

Semua pemenang (tempat pertama hingga ketiga) akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Kuiz Asean 2020 Peringkat Rantau yang dianjurkan oleh Singapura pada 16 & 17 Disember 2020 (diadakan secara dalam talian), dan Daerah Lipis amat berbangga kerana Adik Ahmad Danish Hakim, pemenang tempat ketiga Kategori 1, merupakan salah seorang yang akan menyertainya. Tahniah diucapkan dan semoga berjaya.