PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP 'DINE IN' DI RESTORAN SEKITAR DAERAH LIPIS
11 oktober 2021 sebanyak 7 premis telah di periksa dalam pemantauan pematuhan SOP Dine In oleh bahagaian penguatkuasaan Majlis Daerah Lipis(MDL). Bahgaian penguatkuasan MDL terus mempertingkatkan pemeriksaan di premis – premis yang dibenarkan beroperasi bagi memastikan pemilik mematuhi SOP ditetapkan dalam mengawal penularan jangkitan Covid-19.
Hanya peniaga dan pekerja kedai makan yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan beroperasi secara 'dine-in'. Bagi mereka yang belum lengkap dos (vaksin), premis itu hanya dibenarkan untuk bungkus. Dalam pada itu terdapat 5 premis yang gagal menyediakan penjaga untuk memeriksa kemasukan pelanggan dan amaran lisan dikeluarkan kepada pemilik premis tersebut.