MENU

KEMPEN PREMIS MAKANAN BERSIH 2025

 

LIPIS, 16 Jun 2025 – Majlis Daerah Lipis telah melancarkan Kempen Premis Makanan Bersih 2025 di Kawasan Rehat & Rawat Binjai, Kuala Lipis. Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Lipis yang merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT atas inisiatif menganjurkan kempen ini. Yang Dipertua turut menekankan bahawa kempen ini adalah langkah strategik dalam meningkatkan kebersihan dan pematuhan premis makanan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Perasmian kempen ini disempurnakan oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Ahli Parlimen Lipis. Kempen ini diharapkan dapat memberi manfaat dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan makanan di kawasan Lipis dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selamat.

Terima kasih kepada Ketua Jabatan Daerah dan semua wakil Jabatan yang hadir serta penduduk kampung setempat atas sokongan padu mereka dalam menjayakan kempen ini.