KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SISA BANJIR
Majlis Daerah Lipis (MDL) terus giat menjalankan Kerja-kerja pembersihan sisa banjir bersama pihak kontraktor MDL bagi mengelakkan timbunan sampah sisa banjir yang boleh mendatangkan masalah lain seperti penyebaran penyakit dan pencemaran bau sekaligus dapat mengembalikan persekitaran yang lebih bersih dan selesa untuk penduduk yang terjejas banjir.
Kerja-kerja ulangan pembersihan sisa banjir telah dilaksanakan semalam di 6 lokasi yang terjejas iaitu Sek. Men. Setia Wangsa, Sek.Ren.Wan Ibrahim, Taman KSM, Taman Teratai, Taman Benta Jaya dan SMK Benta. Ini bagi memastikan sisa-sisa banjir dapat diuruskan sehingga selesai.