MENU

Pasukan pemantauan Majlis Daerah Lipis terus memperhebatkan penguatkuasaan pemantauan harian sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Daerah Lipis.

Pemantauan ini bertujuan memastikan orang awam sentiasa mematuhi SOP ketika berada di tempat awam serta turut memberi nasihat serta amaran kepada pemilik premis atau orang ramai yang didapati tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Dalam pada itu wakil MDL menyampaikan garis panduan pembersihan dan Sanitasi KKM kepada perniaga.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan ini , pasar raya, pasar awam, medan selera, kedai perkakasan, tempat pembinaan, bengkel dan restoran.

Pemantauan ini turut memberi penumpuan kepada aktiviti penjarakan sosial serta memastikan pengusaha peniaga orang awam sentiasa menggunakan penutup mulut dan hidung

Dalam pada itu, tahap pematuhan SOP di premis perniagaan, kedai runcit, pasar raya serta restoran dan gerai makan masih tidak mencapai 100 peratus pematuhan setakat semalam.

Terima kasih juga kepada mereka yang telah mematuhi SOP yang telah di tetap.

Sementara itu, orang ramai terus dinasihati agar terus berada di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar rumah bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.

Patuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan