MENU
Perniagaan Mr D.I.Y Daerah Lipis diarahkan tutup bermula 19 Julai - 21 Julai 2020 selepas pemiliknya gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP.)
Notis arahan dikeluarkan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Lipis (MDL) selepas mendapati pemiliknya gagal melaksanakan pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis.
Kami meminta orang ramai membuat laporan kepada MDL sekiranya ada premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Jangan lalai atau terlalu selesa dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Terus waspada, ambil langkah pencegahan & patuh SOP.
Kita masih belum menang. Teruskan patuhi PKPP sehingga ke penamatnya.