SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2020 DAERAH LIPIS
Sebagai tanda sokongan dan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi, MDL telah mengambil bahagian dalam pertandingan pakaian patriotik, kenderaan berhias dan hiasan Bangunan pejabat sempena kemerdekaan
MDL berjaya mendapat Johan dalam pakaian patriotik dan tempat ke 3 hiasan Bangunan Pejabat
Walaupun sambutannya dalam skala kecil, ia tetap membuktikan kerajaan dan masyarakat dari pelbagai peringkat masih menghayati dan menghargai erti perjuangan Merdeka.
Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim Pegawai Daerah Lipis mewakili Menteri Besar Pahang bagi Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 Peringkat Daerah Lipis