05 Jul 2022
Warga kerja Majlis Daerah Lipis yang diketuai oleh Puan Wan Norizan binti Wan Badaruzzaman , Setiausaha Majlis Daerah Lipis bersama-sama bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan di sekitar Dataran Orang Kaya Haji bagi memastikan persekitaran itu berada dalam keadaan bersih dan ceria . Ini secara tidak langsung bagi menyambut kehadiran tetamu yang bakal hadir bagi memeriahkan Mini Karnival Usahawan Desa yang bermula pada 30 Jun sehingga 3 Julai 2022 .