JOM EKSPLORASI TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU, MERAPOH, LIPIS
Tahukah anda selain Kuala Tahan di Jerantut, pendakian ke Gunung Tahan juga boleh melalui Taman Negara Sungai Relau yang terletak di Merapoh, Daerah Lipis.
Apa yang menarik, pendakian melalui Taman Negara Sungai Relau ini mengambil masa yang lebih singkat berbanding Kuala Tahan.
Sekiranya tidak mendaki, pengunjung boleh bermain dengan Ikan Kelah yang jinak dan boleh dipegang dengan tangan di Santuari Ikan Kelah. Aktiviti berkhemah dan meneroka ke beberapa gua juga ada. Bayaran masuk dan permit yang dikenakan berpatutan.
Perjalanan daripada Bandar Lipis hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja.
Moh kite. Lipis tak kurang hebatnya! Share kepada rakan2 fb anda.
Rujukan lanjut di website Jabatan Perhilitan :