MENU

SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH

Sambal hitam Pahang adalah resepi turun-temurun berasal dari negeri Pahang Darul Makmur yang amat popular dan digemari oleh kebanyakan penduduk negeri itu.

Bagi mereka yang berasal dari negeri Pahang tengah, masakan sambal hitam merupakan menu kegemaran wajib selain dari gulai tempoyak, gulai serong dan lain-lain.

Pembuka selera ini begitu dikenali di Pahang Barat. Sambal ini sangat unik dan hanya boleh dijumpai di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.

Selain boleh dijadikan sebagai perisa dalam makanan, belimbing buluh turut diletak ke dalam sambal dan lazat dijamah dengan nasi putih, pulut, lempeng dan sebagainya.

Jika sudah belimbing hitam yang digunakan, sudah tentulah sambal yang dibuat berwarna hitam. Di sebalik itu, kelazatan rasanya menjadi bualan ramai.