MENU
Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Lipis mengadakan lawatan turun padang Bersama Yang Dipertua Dato Mohd Hafizi Bin Ibrahim bagi melihat kemajuan projek Perumahan Makmur Kuala Lanar Jaya dan Perumahan Makmur Kuala Lanar Indah Jaya. Pemaju Kejuruteraan Seberkas Sdn. Bhd bagi Perumahan Kuala Lanar Jaya dan Meswara Trading Sdn. Bhd pemaju Perumahan Makmur Kuala Lanar Indah Jaya hadir dalam lawatan tersebut.
Buat masa ini Perumahan Makmur Kuala Lanar Jaya Fasa 2 tersebut telah mencapai 70 peratus pembinaan melibatkan 140 unit. Projek tersebut dijangka siap pada April 2022. Bagi Perumahan Makmur Kuala Lanar Indah Jaya Fasa 1 baru memulakan kerja pembinaan, sebanyak 125 unit rumah teres Makmur, 70 unit rumah teres dan 100 unit rumah berkembar PR1MA dan dijangkaan siap penghujung tahun 2023.
 
pr1ma
 
prima