MENU

 

KUNJUNGAN HORMAT KE MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECERDC)

Majlis Daerah Lipis (MDL) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada 10 Februari 2026 bertempat di Putrajaya bagi memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan sektor ekonomi dan pelancongan di Daerah Lipis, Pahang. Majlis Daerah Lipis sangat berterima kasih dan menghargai kesediaan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat yang sudi menerima kunjungan dan mendengar keperluan-keperluan yang dibangkitkan. Kunjungan ini juga bertujuan meneliti potensi kerjasama strategik bersama pihak ECERDC selaras dengan agenda pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Hasrat kunjungan hormat ini adalah sejajar dengan komitmen MDL dalam mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan pelancongan daerah, khususnya selepas Daerah Lipis menerima pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan ke-11 pada November 2023. Pengiktirafan tersebut telah membuka ruang dan peluang yang luas untuk mempromosikan keunikan geowarisan, geologi, biodiversiti serta budaya tempatan Lipis kepada pelancong domestik dan antarabangsa, sekali gus menyokong pembangunan pelancongan yang mampan dan berdaya saing.

ecer1