Program ZBK Lipis Neon Night @ Bandar Warisan Sejarah telah berjaya dilaksanakan dengan meriah pada Sabtu, 23 Mei 2026 walaupun cuaca sedikit hujan. Ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan memberikan sambutan yang sangat menggalakkan sepanjang program berlangsung. Kehadiran anda semua telah memeriahkan suasana Bandar Lama Kuala Lipis dengan cahaya neon, semangat kesukanan dan aktiviti santai komuniti. Pelbagai aktiviti menarik seperti Petanque Jalanan, Cabaran Basikal Lambat dan Pertandingan Dart 3 Lontaran berjaya menceriakan malam neon bersama keluarga dan rakan-rakan.
Semoga program seperti ini terus menjadi platform mengeratkan hubungan komuniti dan menghidupkan suasana Bandar Warisan Sejarah Kuala Lipis





