SEMINAR PENGURUSAN STRESS DI TEMPAT KERJA
Kursus ini diadakan pada 15 oktober 2019 di Dewan Residen Kuala Lipis. Puan Noor Shamsiah binti Hussin Penolong Setiausaha Kanan (Psikologi) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah memberikan penerangan dan membimbing ke arah menangani stres di tempat kerja.
Kursus pengurusan stres ini untuk membantu kakitangan MDL kembali menerajui diri dengan jayanya; bagaimana mengawal stres dan bagaimana meningkatkan keberkesanan diri dan produktiviti yang akan membolehkan kita meningkatkan kepuasan kerja serta kegembiraan dalam kerjaya serta kehidupan kita.