Bandar Kuala Lipis telah berkembang pesat sebagai pusat perdagangan di negeri Pahang dengan industri terutamanya perlombongan bijih dan emas.
Pada tahun 1920, kerajaan British telah membina landasan keretapi yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Gemas hingga ke Johor. Ia bertujuan untuk memudahkan pengangkutan hasil bijih ke pelabuhan.