MENU

NASI KEBULI

 

Nasi Kebuli ini adalah makanan tradisional Daerah Lipis seperti yang dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis.Mengikut sejarah, Nasi Kebuli diperkenalkan pada tahun 1944 oleh Hussin dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis.Kewujudan nasi ini bermula apabila Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kerong. Baginda bertemu dengan Hussin dan menyatakan hasrat ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung. Hussin memasak nasi tersebut dan menghidangkan kepada sultan. Berdasarkan peristiwa itulah dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Ke Bawah Duli.