25 Oktober 2026, Majlis Daerah Lipis telah turun padang bagi menghulurkan sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran di Felda Kechau 1.
Sumbangan kewangan tersebut telah disampaikan oleh YH Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, DIMP., SMP., AAP., AMP., Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis di lokasi kejadian sebagai tanda prihatin kepada keluarga mangsa.Turut serta dalam sesi penyerahan ini ialah Puan Saharini Binti Omar, Setiausaha Majlis Daerah Lipis.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa sekeluarga. Seluruh warga Majlis Daerah Lipis mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan.





