MENU

Pemilik kedai makan wajib memastikan pelanggan mengikut penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dengan hanya dua pelanggan (untuk meja kecil) dan empat pelanggan (untuk meja besar) dibenarkan duduk semeja.

Bagi memastikan pemilik kedai makan dan pelanggan dapat mematuhi SOP ditetapkan, MDL melakukan pemantauan di Lokasi Bandar Baru Kuala Lipis, Kg Tempoyang dan Kg Selendang. Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis Dato Mohd Hafizi Bin Ibrahim turut serta dalam pemantauan tersebut

Kami mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu teruja dengan kelonggaran diberikan dan patuhi SOP ditetapkan sepanjang tempoh PKPB.

Kerajaan memberi kelonggaran bagi memberi peluang kepada rakyat untuk bangkit kembali dan kelonggaran itu bukan alasan untuk tidak mematuhi arahan ditetapkan.

Amalkan norma baharu dan terus patuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan.