MENU

21 Mei 2026 – Majlis Daerah Lipis (MDL) telah mengadakan sesi Town Hall berkaitan perkhidmatan perbandaran dan cukai taksiran bersama penduduk Felcra Sungai Temau bertempat di Dewan Besar Felcra Sungai Temau.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Lipis, Puan Saharini binti Haji Omar bagi memberikan penerangan berhubung perkhidmatan perbandaran yang disediakan oleh MDL serta kepentingan pembayaran cukai taksiran dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Turut hadir bersama beliau ialah Encik Mohd Podzi bin Mat Salleh, Ahli Majlis Majlis Daerah Lipis; Encik Kamaruliza bin Mohd Kamal, Ketua Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta; Encik Khairudin bin Mohamad, Ketua Jabatan Kejuruteraan; Puan Fathin Norsyafiqa binti Muhamad Ruhaidir, Ketua Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran; Encik Muhammad Nor Ridzuan bin Rosli, Ketua Unit Undang-Undang serta Encik Rosfaizuazman bin Ahmad Simin, Ketua Bahagian Korporat & Inovasi.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 110 orang penduduk setempat yang hadir bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan berkaitan perkhidmatan Majlis Daerah Lipis serta isu-isu berkaitan cukai taksiran. Sesi ini turut menjadi platform komunikasi dua hala antara pihak majlis dan komuniti setempat dalam usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan perbandaran yang lebih efektif dan berdaya saing.

tw6

 

tw1