PERASMIAN TANDAS AWAM BERSIH 2023
Tandas Bersih, Komuniti Sihat merupakan tema Kempen Tandas Awam Bersih bagi tahun 2023 yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Lipis dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Tandas Awam Hentian Rehat dan Rawat Binjai telah menjadi pilihan untuk pelaksanaan Kempen Tandas Awam Bersih pada tahun ini.
Majlis Kempen Tandas Awam Bersih 2023 telah berlangsung meriah biarpun diadakan secara sederhana di Dewan Bankuet, Kuala Lipis pada 7 Julai 2023.
Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Lipis di hadapan kira-kira lebih 150 orang yang hadir.
Penganjuran kempen pada tahun ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan sanitasi dan kebersihan tandas awam milik Pihak Berkuasa Temptan (PBT) supaya tandas awam milik PBT sentiasa berstatus “Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) serta bertaraf 5 bintang.