Putrajaya, 25 September 2026 — Satu sesi perbincangan strategik bagi membincangkan cadangan projek pembangunan daerah Lipis telah diadakan di ibu pejabat ECERDC, Putrajaya. Sesi perbincangan ini dipimpin oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis (MD Lipis), Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, DIMP., SMP., AAP., AMP. bersama Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, En. Syamsul Farizz Bin Nadzeri. Pertemuan ini memberi fokus kepada penyelarasan pelbagai inisiatif dan cadangan projek baharu, terutamanya dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat demi kemajuan dan kesejahteraan warga daerah Lipis. Pihak Majlis Daerah Lipis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ECERDC atas sambutan yang amat baik. Semoga segala perancangan dan usaha murni ini dipermudahkan serta membuahkan hasil demi kesejahteraan, kemakmuran, dan masa depan Lipis yang lebih gemilang.





