MENU

Susulan pembukaan semula pasar malam dan pekan sehari di kuala Lipis bermula 26 Jun 2020(Jumaat) Di Dataran Orang Kaya Haji , pihak Majlis Daerah Lipis menjalankan kerja-kerja menanda aras dan persedian prosedur operasi standard (SOP).

Peniaga perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh MDL iaitu setiap gerai di tapak niaga perlu disusun atur dengan jarak 2.5 meter antara satu sama lain. Selain mengamalkan langkah keselamatan dan kebersihan, peniaga juga tidak boleh mengambil pekerja asing

Selain peniaga, pengunjung juga perlu menjalani norma baharu yang digariskan dalam SOP.
Pengunjung bolehlah membuat dan merancang lebih awal sekiranya ingin ke pasar malam atau Pekan sehari supaya dapat mematuhi SOP seperti berikut, antaranya:
• Orang ramai perlu memuat turun aplikasi MYSEJAHTERA, PahangGo dan mendaftar maklumat diri
• Menjalani saringan suhu badan sebelum memasuki tapak niaga
• Membasuh tangan atau Menggunakan hand sanitiser dan digalakkan menggunakan pelitup muka
• Pengunjung yang mempunyai suhu melebihi 37.5° C dilarang sama sekali memasuki kawasan tapak niaga
• Masuk dan keluar di kawasan pasar mengikut laluan yang ditetapkan
• Mengikuti laluan perjalanan yang ditetapkan di tapak pasar