MENU

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka memasuki rantau negara mulai 17 Disember 2022 dab berpotensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri pantai timur semenanjung dalam tempoh 17- 21 Disember 2022. MET Malaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan sekiranya perlu.
 

Dalam temph beberapa hari kehadapan, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dijangka terus berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung, barat Sabah dan utara Sarawak pada sebelah petang hingga awal malam.

MET Malaysia juga telah mengeluakan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora(Kategori Pertama) untuk kawasan perairan Kelantan, Terngganu dan Pahang berkuat kuasa sehingga 15 Disember 2022. Kenaikan paras air laut dijangka di kawasan perairan tersebut dan berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
 

Sumber :Malaysia Meteorological Department