MENU

Sehubungan dengan kes COVID-19 yang melibatkan seorang pekerja Pasaraya TF Kuala Lipis, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Lipis berharap semoga masyarakat sekitar daerah Lipis yang pernah hadir ke pasaraya tersebut BERTENANG dan TIDAK PANIK. Untuk masa ini, hanya mereka yang benar-benar dikategorikan sebagai kontak rapat sahaja yang disaring oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Lipis.

Sekiranya anda TIDAK mengunjungi bahagian Buah- buahan TF Lipis serta TIDAK mengalami sebarang gejala, anda diharapkan supaya kekal tenang. Anda juga TIDAK PERLU ke fasiliti kesihatan berikutan hal ini. Anda sangat digalakkan untuk:

1.Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu:
- kerap cuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer
- memakai topeng muka
- mengamalkan etika batuk atau bersin yang baik

2. Menjaga jarak antara satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter

Tempat yang paling selamat buat masa ini adalah di rumah masing-masing.

Kepada golongan pekerja, anda MESTI mengamalkan norma baru dan SOP yang telah ditetapkan di tempat kerja masing-masing.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bilik Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Lipis di talian 09-3101085. Kerjasama dari pihak Tuan/ Puan amat kami hargai.

Borang saringan adalah seperti di bawah.

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSd0MHG9hJ8VkUcyKm…/viewform

Sekian, terima kasih.