KEMPEN TANDAS AWAM BERSIH 2022
Kita boleh mengekalkan kebersihan tandas dengan mudah jika kebersihannya dijaga setiap kali penggunaan.Disebabkan itu, kebersihan tandas sangat perlu dititikberatkan agar tahap kesihatan kita semua juga terus terjamin.
Sepanjang Bulan Mei sehingga Ogos 2022 Majlis Daerah Lipis dalam menjayakan Kempen Tandas Awam Bersih 2022.Kempen ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan tandas terutamanya di fasiliti tandas awam ini bagi mewujudkan tandas awam yang bersih untuk keselesaan pengguna dan seterusnya dapat membudayakan amalan penjagaan dan penggunaan tandas yang betul dalam kalangan masyarakat.
“Jom kita pastikan TANDAS BERSIH untuk KITA untuk SEMUA”