Bagi yang mengemari aktivti lasak Lata Berembun adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi.Hal ini kerana Lata Berembun terletak di kawasan pendalaman.Untuk pergi ke sana pengunjung perlulah berjalan kaki di dalam kawasan hutan,menyusuri anak sungai dan mendaki bukit .Kemudian barulah menjumpai sebuah air terjun yang amat cantik.Lata ini diberikan nama Lata Berembun kerana dari air terjun tinggi yang menyerupai embun di pagi hari.
Disebabkan lokasi Lata Berembun ini terletak di kawasan pendalaman ini menjadikan air terjun tersebut tidak tercemar.Keadaan air amat bersih,jernih dan dikelilingi alam semula jadi iaitu flora dan fauna yang tidak tercemar.Walaubagaimanapun aktiviti ini tidak digalakkan untuk kanak-kanak,wanita mengandung dan orang berumur disebabkan kawasan ini terletak di dalam kawasan pendalaman hutan.
Menurut penduduk kampung sesiapa yang pergi kawasan tersebut perlulah menjaga percakapan,perbuatan dan niat.Jika tidak menjaga perkara tersebut akan berlaku ribu di kawasan Lata Berembun.
Lata Cenderong adalah satu lokasi aktiviti yang amat sesuai untuk dilakukan oleh seisi keluarga.Lata ini terletak di Tanjung Besar Jerangsang.Kedalam sungai yang cetek dan sesuai untuk kanak-kanak bermandi - manda.Lata Cendeorng ini juga terletak di lokasi yang strategik di mana berhampiran dengan jalan utama kampung.Pengunjung boleh menaiki kenderaan untuk pergi ke Lata Cenderong tersebut.Disebabkan Lata Cenderong ini tidak terletak di kawasan pendalaman jadi ia amatlah sesuai untuk membawa kanak-kanak dan orang tua ke lata ini.
Jarak dari jalan utama ke Lata Rha adalah 2.5 Kilometer dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan terletak di Kampung Putu.Air terjun di Lata Rha ini adalah sebuah air terjun yang amat cantik dan unik.Hal ini kerana bentuk air terjun yang bertingkat-tingkat.Terdapat banyak tingkat dan banyak air terjun dikumpulkan pada suatu tempat.
Kualiti air amat bersih malah air ini juga merupakan sumber air harian penduduk Kampung Putu.Air tersebut disalurkan ke 30 buah rumah penduduk Kampung Putu.Oleh itu pengunjung hendaklah menjaga kebersihan seperti tidak membuang sampah,sisa makanan dan sebagainya ke dalam air.
Lata Rha ini terletak di lokasi pendalaman.Sudah pastinya kawasan ini dikelilingi oleh flora dan fauna yang tidak tercemar lagi.Aktiviti mandi - manda amat sesuai untuk dilaksanakan di Lata Rha.Kedalaman air sungai juga cetek dan sesuai untuk orang yang tidak pandai berenang.