Lembah Tanum ini juga terletak di Chegar Perah.Permandangan di Lembah Tanum ini amatlah cantik.Dikelilingi oleh gua,bukit-bukau dan tumbuh-tumbuhan.Di Lembah Tanum ini terdapat perkampungan orang Asli suku batek dan bengkel perusahaan kraftangan yang menggunakan kayu-kayu terbuang.
Selain mencuci mata melihat kraftangan pengunjung juga melakukan pelbagai aktiviti lain iaitu akitiviti lasak seperti berkayak,memancing dan berkhemah.Oleh hal yang demikian,Lembah Tanum ini amat sesuai untuk semua lapisan.
Lokasi Empang Meldu ini adalah terletak di Kuala Serau.Empang Meldu ini terkenal dengan aktiviti memancing di kalangan peminat memancing.Terdapat sangkar ikan dengan pelbagai jenis ikan di dalamnya seperti ikan baung,ikan patin,ikan penampang dan lain-lain.
Empang Meldu ini sesuai untuk semua lapisan umur kerana selain daripada aktiviti memancing pengunjung yang hadir juga boleh melakukan aktiviti berkayak dan "jungle trekking".
Jeram Bechong ini adalah sebuah tempat penginapan.Di sini terdapat 8 cabin dan 6 chalet dorm.Bagi siapa yang ingin merasakan pengalaman tidur di dalam dorm dan cabin boleh kunjungi Jeram Bechong.Jeram Bechong ini terletak di Kuala Medang berhampiran sahaja dengan sungai iaitu Sungai Jelai.Selain berhampiran dengan sungai Jeram Bechong ini juga berhampiran dengan bukit iaitu Bukit Tapa.
Pengunjung yang datang ke Jeram Bechong ini juga dapat menikmati pelbagai hidangan makanan seperti kuih kopi,pulut panggang,dodoi dan lebah kelulut.Jeram Bechong ini juga mempunyai kisah dogeng di mana ada dua orang bergaduh dan salah satu dari mereka naik ke Bukit Tapa lalu bersumpah untuk menjadi penjaga tempat tersebut. Dia bertukar menjadi ular untuk menjaga Jeram Bechong.