Lokasi Lata Sah ini berhampiran dengan Lata Rha sahaja.Perjalanan ke Lata Rha akan melalui Lata Sah terlebih dahulu.Jarak dari jalan utama ke Lata Sah adalah 2.5 Kilometer dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan terletak di Kampung Putu.
Lata Sah ini sama sahaja dengan Lata Rha iaitu mempunyai kedalaman sungai yang cetek dan bersih.Sesuai untuk melaksanakan aktiviti mandi-manda bersama keluarga.Tidak terlalu jauh dari jalan utama berbanding dengan Lata Rha tetapi perlu menaiki pacuan empat roda juga untuk ke lata tersebut.
Bagi yang meminati flora dan fauna Taman Eco Ulu Jerangsang adalah tempat yang perlu dikunjungi.Hal ini kerana terdapat spesies bunga yang terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia.Bunga ini hanya boleh ditemui di Asia Tenggara iaitu di kawasan hutan hujan tropika.Walaupun Rafflesia di Taman Eco Ulu Jeransang tidak sebesar seperti di Sabah namum bagi mereka yang tidak pernah melihat bunga ini secara lebih dekat mereka boleh datang ke sini.
Keunikan Bunga Rafflesia ini dikatakan boleh merawat pelbagai penyakit menjadikan sesetengah pihak mengambil bagi tujuan perubatan.Pelbagai aktiviti manusia seperti pengambilan kudup(tunas) untuk perubatan tradisional boleh menyebabkan tumbuhan itu hampir pupus.
Pengunjung yang hadir mestilah menjaga tingkah laku dan tidak membuat sebarang kerosakan kerana Bunga Rafflesia ini adalah khazanah alam yang perlu dijaga.Selain melihat Bunga Rafflesia pengunjung juga boleh bermandi manda di Taman Eco Ulu Jeransang kerana terdapat sebatang sungai di situ.Selain itu lokasi tersebut juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan kerana kawasan yang luas dan lapang.Lokasi Bunga Rafflesia berada di kawasan pendalaman menjadikan pengunjung perlu berjalan beberapa minit untuk sampai ke lokasi tersebut.
Taman Eco Jeransang ini terletak di Kampung Jeransang Kuala Lipis.Kenderaan yang boleh digunakan untuk ke sini ialah motosikal,van dan kereta.