MENU

Kenong Eco Camp

Bagi yang menggemari aktiviti lasak mestilah mengunjung ke Kenong Eco Camp.Pelbagai aktiviti lasak yang boleh dilakukan seperti aktivti perkhemahan,'jungle tracking',sampan dan 'rock climbing'.Mempunyai tiga gua bersebelahan dan sebuah Gunung.Antara gua-gua yang terdapat di Kenong Eco Camp ialah Gua Batu Telakup, Gua Batu Tungkup,Gua Batu Tangga Dan Gunung Kesong.

Pelbagai kemudahan yang disediakan bagi memastikan pengunjung yang hadir selesa dan menikmati percutian mereka.Pihak Kenong Eco Camp menyediakan bot kerana untuk pergi ke Kenong Eco Camp ini pengunjung perlulah menaiki bot.Selain itu pihak Kenong Eco Camp juga menyediakan surau,tandas,dapur,ruang makan,pondok,dewan terbuka.Homestay juga turut disediakan bagi pengunjung yang ingin bermalam di sana.

Berdasarkan cerita dongeng Lagenda telah menyatakan bahawa keluasan sungai pada zaman dahulu lebih luas sehingga sampai ke perkampungan dalam dan boleh dilalui oleh kapal untuk tujuan pengangkutan barang. 

kenongkenong2kenong5

 

Tanjong Yong

Tanjong Yong ini terletak di Kampung Tanjung Buluh,Kuala Lipis.Tanjong Yong ini adalah sebuah kawasan yang luas.Dikelilingi pasir yang halus dan flora fauna.Tanjong Yong ini terkenal dengan aktiviti memancing.Ramai pemancing dari luar datang ke Tanjong Yong untuk memancing.Selain daripada melakukan aktiviti memancing pengunjung juga boleh melakukan aktiviti bersama keluarga iaitu melakukan akitiviti perkhemahan,berkelah bersama keluarga dan bermain layang-layang.

Walaubagaimanapun tidak digalakkan kepada semua pengujung semasa musim hujan kerana kawasan tersebut adalah tempat sering berlakunya banjir.Pengunjung boleh menaiki kenderaan seperti van,motosikal dan kereta untuk berkunjung ke Tanjong Yong.

t.yongt.yong2t.yong3

 

Gua Bama

Terdapat sebuah gua di Kampung Relong iaitu Gua Bama.Aktiviti yang sering dilakukan di Gua Bama ini sudah semestinya aktiviti mendaki.Oleh itu aktiviti ini amat sesuai untuk pendaki,golongan muda dan pelajar.Amat tidak disarankan untuk kanak-kanak dan warga emas.

Menurut cerita dongeng terdapat nya peminjaman barang seperti pinggan mangkuk antara penduduk sekitar dan makhluk alam bunian di dalam gua tersebut.​Gua tersebut dahulunya dikatakan adalah sebuah kapal yang telah disumpah oleh Sang Kelembai.​

Perjalanan ke Gua Bama ini amatlah mudah kerana berhampiran dengan jalan utama sahaja.

            guabamaguabama2